KUMPULAN PENGEMBANGAN WANITA (KPW) KG.BINJAI RENDAH
Kumpulan Pengembangan Wanita (kpw) Kg.Binjai Rendah ditubuhkan pada 14 April 2006. KPW Kg.Binjai Rendah ini diterajui oleh Toh Puan Zaitun merangkap Ketua Wanita Umno Kg.Binjai Rendah. KPW mempunyai ahli seramai 1024 orang setakat 2015. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan oleh KPW Kg.Binjai Rendah termasuklah menghadiri Program Klik Dengan Bijak dan Kelas Keusahawanan.