Litar Motorcross Kg. Binjai Rendah.
Kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan setiap minggu adalah Litar Motorcross Kg. Binjai Rendah. Antara litar yang terbaik di Terengganu dan menjadi tumpuan pengunjung setiap hari minggu. Kejohanan yang dianjurkan menjadi tumpuan daripada pelumba-pelumba tempatan dan antarabangsa seperti Thailand dan Australia. Pembinaan litar ini sedikit sebanyak telah dapat menjana ekonomi penduduk setempat yang terlibat dengan sektor pelancongan seperti pengusaha homestay, makanan dan pengangkutan.



