Siaran digital myFreeview
myFreeview adalah jenama bagi perkhidmatan DTT untuk Siaran Televisyen Digital Malaysia yang menawarkan semua siaran TV dan radio sedia ada yang popular dengan percuma tanpa sebarang yuran langganan.
Projek DTT (Televisyen Terestrial Digital) adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan diselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ia merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk menyediakan khidmat penyiaran TV dan radio terbaik untuk rakyat. Pembaharuan ini memberikan semua siaran yang lebih jelas tanpa sebarang bayaran bulanan.
Mengapa perlu bertukar ke siaran digital?
Kerajaan sedang dalam proses memindahkan sistem penyiaran analog yang sedia ada kepada siaran digital. Untuk menikmati siaran digital, anda perlu mendapatkan alat penerima, iaitu dekoder DVB-T2 (jenis DVB-T2) yang perlu disambungkan kepada TV anda dan aerial UHF. Selain itu, anda juga boleh menikmati siaran digital dengan membeli TV digital (IDTV) yang dilengkapi dengan penala digital (built-in digital tuner).
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://www.myfreeview.tv/ms/.
