MAKLUMAT PUSAT INTERNET KG. BINJAI RENDAH
Apa itu Pusat Internet?
Pusat Internet (PI) Kampung Binjai Rendah merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, juga salah satu program di bawah Inisiatif Jalurlebar Negara. Program ini telah dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan kerjasama MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd. adalah di bawah Program Perkhidmatan Sejagat (PPS). Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat dengan menyediakan capaian internet jalurlebar secara kolektif kepada masyarakat setempat di premis terpilih di seluruh negara. Sebanyak 12 Pusat Jalur Lebar Komuniti rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2, 36 pusat untuk Fasa Felda dan 110 pusat untuk Fasa 4 telah diwujudkan di seluruh Malaysia, serta Fasa-fasa baru yang sedang dibangunkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
Objektif ditubuhkan
– Kemudahan akses internet secara kolektif.
– Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar.
– Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial.
– Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar.
– Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalurlebar Kebangsaan.
Waktu Operasi
- Beroperasi 9:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari.
Nama Petugas
Pengurus
Nama : MARZIANA BT OMAR
No. Telefon : 011-19418038
Penolong Pengurus
Nama : MOHD KHAIRUL BIN KAMARUDIN
No. Telefon : 018-9010107
Hubungi Kami
Pengurus – m.kgbinjairendah@tm.nadi.my
Penolong Pengurus – am.kgbinjairendah@tm.nadi.my
- https://www.facebook.com/Pusat-Internet-Kgbinjai-Rendah-722589907760559/
- Portal
- https://pekanbinjai.nadi.my/
- Alamat
- Pusat Internet Kg Binjai Rendah,
- Lot 11274-1A (Bawah), Pejabat Pegawai Daerah Marang,
Jalan Kuala Berang, Kg. Binjai Rendah,
21400 Marang, Terengganu Darul Iman.