Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU KE-4 (CELIK IT)

 

 Nama :                 

 Wan Pauziah Binti Wan Ahmad

 Umur :

 35 tahun

 Email :

 Giey8505@gmail.com

                           No. Telefon :                            

 

019-9082289

Alamat:      

 RAKR bukit che nik, Kg binjai rendah, 21400 Marang Terengganu

Tahun menjadi Ahli PI :

 11/4/2019@ 2019

 

 

 

 

 

 

Perniagaan

 

Kisah Kejayaan

Latar Belakang

Saya merupakan ahli PI Binjai Rendah yang dah lama mendaftar sebagai ahli. Di awalnya saya Cuma datang ke Pi Kg Binjai Rendah hanya untuk fotostat dokumen anak. Selepas beberapa bulan, saya rasa saya akan rugi jika tidak menggunakan peluang yang ada di Pi iaitu dengan mendaftarkan diri untuk memasuki kelas/latihan computer. Kelas pertama saya ialah Kelas pengenalan asas computer dan seterusnya saya diajar menggunakan Microsoft office.

Dengan Microsoft office yang saya pelajari di Pi, saya boleh menyiapkan semua kerja dokumentasi dalam masa yang singkat. saya semakin yakin dengan hasil kerja saya berbanding sebelum ini.Kawan-kawan saya mula bertanya di mana saya belajar semua itu, dan saya telah beritahu kawan-kawan yang saya belajar semua ilmu berkaitan computer dan internet di Pi Kg Binjai Rendah dengan percuma dan hanya membayar Rm5 untuk bayaran sebagai ahli seumur hidup.

Selain itu, banyak lagi kemudahan dan peluang yang ada di PI Kg binjai rendah iaitu saya juga sekarang ini sudah boleh membuat video menggunakan perisian movie maker dan saya juga boleh membuat poster menggunakan adobe photoshop. 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI      

Saya Cuma beranggapan yang Pusat internet ini sama seperti “cyber café”yang mana hanya memberi perkhidmatan internet sahaja kepada pengguna
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Dengan peluang yang ada sebagai ahli di Pusat Internet, saya menggunakan perkhidmatan Pi, saya juga salah seorang pengguna Wifi Komuniti untuk melayari internet. Saya juga selalu bersembang dengan kawan-kawan lama melalui facebook dan whatsApp. Selain itu saya juga sudah boleh menggunakan Microsoft office dan adobe aphotoshop dengan baik.

Penggunaan Pusat Internet

Apa yang dipelajari di Pusat Internet

Kelas kami diadakan setiap jumaat setiap minggu pada jam 10 pagi hingga 12 tengahari.Pada setiap sesi kelas, saya dan kawan-kawan diajar dengan ilmu teknologi maklumat seperti perkakasan computer, perisian computer, emel, facebook dan terbaru kami diajar untuk menggunakan youtube. Kami tersangat teruja menggunakan youtube kerana di youtube terdapat semua benda dan maklumat yang kami perlukan. Cuma buat carian dan tekan butang carian. 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Online Platform

Facebook: https://www.facebook.com/wanpauziah2233

Instagram : @wanpauziah2233

Whatsapp : 013-933 4510