Untuk makluman, pihak Innovative Learning Network (ILN) akan mengadakan Kelas Online Berbayar bagi memberi kemudahan kepada komuniti setempat untuk mendapatkan dan meningkatkan kemahiran. Peserta boleh mengikuti program ini dimana-mana, sama ada di PIK atau di rumah dan lain-lain tempat yang ada capaian internet.
Kelas akan diadakan pada setiap hari Sabtu (9.00 pagi – 12.00 tengahari) bermula 6 Mac 2021 – 10 April 2021. Berikut adalah senarai kelas mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Tarikh Kelas
06 Mac 2021 Career As Content Creator
13 Mac 2021 From Zero To Shopee Hero
20 Mac 2021 Mobile Games Creator
27 Mac 2021 Mobile Apps Creator
03 April 2021 Basic Videography & Productions
10 April 2021 Business Opportunity Sharing
Pendaftaran adalah dengan mengisi borang menggunakan Google Forms dengan cara klik pautan pada nama program di atas atau menggunakan imbasan barcode yang terdapat pada e-poster dibawah.





