Apakah itu Hari Sukan Negara ?
Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Hari sukan negara diadakan serentak diseluruh Negara merangkumi pelbagai peringkat Kebangsaan, Negeri, Daerah sehingga ke akar umbi.


Klik disini untuk lihat promo hari sukan negara 2017.
Sumber : http://www.kbs.gov.my/my/
