Perpustakaan Negara Malaysia mungkin sedia popular dikalangan ramai pengguna dalam mendapatkan buku-buku berbentuk fizikal untuk rujukan dan untuk dipinjam untuk tempoh yang terhad. Dengan perkembangan arena digital, pihak Perpustakaan Negara Malaysia juga turut menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk meminjam buku digital daripada koleksi yang disediakan oleh mereka.
E-Library yang telah diperkenalkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, adalah perpustakaan diatas talian yang memberi akses kepada pengguna untuk membaca dan meminjam (muat turun) selama 7 hari secara percuma. Terdapat lebih kurang 4000 tajuk buku, termasuk audiobooks dan video tersedia untuk pengguna E-library.
Untuk panduan penggunaan e-library, sila klik disini.
